Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 29, 2014

MH370...Still Hoping for Miracle!!!

ASSALAMUALAIKUM n GOOD MORNING....


24 March 2014 ~ PM telah announcing that MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi..Kenapa Lautan Hindi??How MH370 ended in the middle of Hindi Ocean??Hanya Allah SWT yang mengetahui segalanya dan semoga kita diberikan petujuk ke arah itu..Mungkin setahun, 10 tahun mahupon 1000 tahun, bersabarlahhh wahai hati dan rakyat Malaysia, Janji Allah itu pasti & SABAR itu Indah...Keep Praying!!

Ya Allah hati ini masih sebak mendengar berita tuh...walaupon tiada ahli kuarga mahupon saudara yang dikenali dalam pesawat MH370 tapi sebagai penumpang flight, aku dapat merasakan mcm mane laaa getirnya situasi yang dialami penumpang2 MH370..

~ Kalau betul mereka terhempas, how they overcome detik2 nak terhempas tu??
~ Kalau betul mereka di hijack, macammane laaa keadaan penumpang2 yang dlm ketakutan tu dan ke  manekah penumpang2 dibawa??
~ Kalau betul mereka ditelan "Black Holes"....Masih adekah peluang untuk dijumpai???

Apakah nasib penumpang2 MH370?

Sehingga kini tiada sapa yg tahu ape sebenarnya yang berlaku pada MH370...

Semoga usaha2 pencarian MH370 akan dipermudahkan dan semoga doa2 kita umat islam seluruh dunia mampu memberi petunjuk apakah yang sebenarnya terjadi kepada MH370...Ini mungkin ujian Allah untuk rakyat Malaysia mahupon dunia..Jangan ada yang menuding jari walaupon terlalu banyak spekulasi yang telah tersebar..Biarkan yang pakar menjalankan tugas...Marilahhh kita membantu menerusi DOA kerana DOA itu adalah senjata utama umat Islam...Moga ada antara kita yang hatinya begitu dekat dgn Rasulullah SAW, maka marilah kita terus berdoa kerana mungkin doa2 mereka yang tulus ikhlas ini diterima Allah...

I'm still hoping for miracle...But I know kuasa Allah itu mengatasi segalanya...
FROM HIM WE COME, TO HIM WE RETURN....


#PrayForMH370

Saturday, March 1, 2014

PTPTN..Tips pembayaran semula..

Assalamualaikum  & Selamat Sejahtera Kawan2....

Nak tanya sape peminjam PTPTN di sini??? Sila angkat tangan..
Whoaaaa ramainya..Opp coz la ramai kan sebab ape je lagi sumber kewangan yg paling MELEZTOP di zaman2 universiti dlu kalo bukan PTPTN..Naik sem je dah mengelepar kalo PTPTN lambat bank-in..Bila kata PTPTN dah masuk je terus senyum sampai ke telinga, kalo boleh nak sampai ke kening..X gittew??Haha sape tak suke dapat duit riban2 kan..Aku dulu pon pantang kata PTPTN dah masuk je, terus keluar pelbagai list yang terpendam..Tapi malangnya duit riban2 ni bukan FREE taw..Hah sekarang dah 5 tahun berlalu, ko rasakan hazabnye nak membayonye..

So harini mari kita buat entri yang ilmiah sikit tentang pembayaran hutang PTPTN ni..U ols dah habes bayar ke??Ops adekah aku tersilap soklan??Ko hingat hutang PTPTN tu seploh doploh hinggit ke boleh abes bayo dgn ekspresss??So kita tukar soklan..U ols dah mula bayo ker??Ini lebih tepat kan...

Memandangkan aku pon antara peminjam PTPTN..meh aku nak bagi tips pembayaran PTPTN ni..Actually aku pon x habes bayar lagi but trying to settled it by this year..So dah boleh laa bagi bunya2 tips pembayarannya..X payah laaa pasang angan2 bila pembangkang memerintah PTPTN akan jadik freee, siapa cakap??Kalo hutang PTPTN ni sorang rm100 pon belom tentu ade orang boleh nak free kan die...Apetah lagi hutang yang mencecah Rm20K..Aku Mati hidup semula, mati lagi hidup semula lagi mane mungkin ade kerajaan mahupon PTPTN akan memFREEkan ia..So sila laaaa bayar sedikit demi sedikit, lama-lama jadik bukit...

Ni kronologi cite si peminjam PTPTN iaitu "S" (Bukan nama sebenar)..hihiiiiii

BABAK 1
"S" adalah peminjam PTPTN sebanyak RM3,500/ per sem bagi menanggung kos pengajian selama 6 sem (2003-2006). Alhamdulillah "S" berjaya menghabiskan pengajiannya on-time tanpa extent dan konvokesyen berlangsung pada bulan Okt 2006 (Betul ke??Sebenarnya konvo bln berapa "S" dah lupe) hihi..

BABAK 2
Pada penghujung tahun 2006....
"S" telah menerima PTPTN statement pada penhujung tahun 2006 dan kos pentadbiran sebanyak RM48.75 telah pon bermula pada bulan DEC 2006. Pada ketika ini "S" masih pengusaha anggur yang mengenang apelah nasib...hehe touching x??

BABAK 3
"S" meneruskan kehidupan dengan kembali ke tempat jatuh lagikan dikenang iaitu sekitar UPM untuk mencari peluang kerjaya...Tapi hanya pembantu kedai topup sahaja kerjaya yang available buat masa tu..Hanya bekerja di kedai topup dengan gaji rm22.50 sehari...lepas untuk mas kahwin orang johor..So, kalo "S" adelah seorang lelaki...dah berjaya dapat seorang isteri kelahiran johor..Tapi "S" adelah seorang gadis sunti pada ketika itu..

PTPTN tidak mengenal erti penat..Akan terus mengecas kos pentadbiran sekalipon si peminjam masih terkapai2 di dunia penoh pancaroba..Ini tak boleh jadik.."S" buntu..Kos pentadbiran sahaja dah RM48.75 sedangkan gaji harian "S" cuma RM22.50..Sungguh kais pagi makan pagi.."S" perlu berusaha gigih untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih kukuh memandangkan "S" x berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi..Otak dah penat..

Alhamdulillah pada FEB 2007 "S" terpilih untuk mengikuti program yang seumpama "Skim Latihan Graduan" yang di anjurkan oleh Khazanah Nasional BHD yang dinamakan "GREEN Programme" dengan duit poket RM1000/Sebulan untuk tempoh setahun..

Namun, kos sara diri yang agak tinggi di ibu kota, dengan kehendak jiwa muda yang melebihkan kehendak dari keperluan yang sepatutnya, RM1000 itu memang akan cukup2 sehingga hujung bulan..Hasilnya sepanjang tempoh 2007 "S" hanya pernah membayar sekali sahaja PTPTN nya..
Mari belajar kira2..
Kos pentadbiran RM48.75 x 12 bln =    RM585
Bayaran balik RM150                      =  - RM150
Baki                                                    =    RM21,483.75

Ibarat macam ko x bayo ape2...hutang tetap bertambah..Tapi melihat angka hutang makin bertambah, jangan kecewa sebab sekurang-kurangnya ada pembayaran..Nama tidak akan di blacklist..Teruskan usaha membayar..

BABAK 4
"S" mempunyai instinct yang "GREEN Programme" yang diikuti mampu memberikan peluang kerjaya sesudah tamat program tu. Justeru dalam masa yang sama "S" riki2 peluang pekerjaan yang lain...Akhirnya pada penghujung 2007 "S" berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai "Customer Service Representative (CSR)" di syarikat telekomunikasi besar Telekom di bawah anak syarikatnya VADS Berhad dengan gaji RM1,300 + Elaun Rm300..Alhamdulillah walaupon menjawab telefon hampir 50-80 panggilan sehari, kadang2 nasib x baik dapat pemanggil yang maki hamun..Namun hidup perlu diteruskan..
Memulakan kehidupan bukan semudah ABC..Lebih2 lagi bile tinggal di kota2 besar..Semuanya duit..Bile gaji meningkat, kos sewa rumah pon meningkat, minyak naik, harga barang naik..Sepanjang 2008, "S" hanya mampu membayar hutang PTPTN sekali sahaja..So kira2 nya pon same sahaja...

Kos pentadbiran RM48.75 x 12 bln =    RM585
Bayaran balik RM150                      =  - RM150
Baki                                                    =    RM21,918.75

See, dalam tempoh 2 tahun..bila bayaran x dapat dilakukan secara konsisten, hutang yang bermula RM21k telah meningkat kepada hampi RM22k...

BABAK 5
Pertengahan 2008, "S" bertukar kerjaya lagi dek dah jemu menjadi CSR dan macam nak muntah nak jawab call hari2..Akhirnya "S" menjadi tenaga pengajar di IPTS di pinggir ibu kota..Alhamdulillah gaji sedikit meningkat RM1800/sebulan dan penginapan percuma..tiada kos pengangkutan krn opis hanya walking distance sahaja...Alhamdulillah
So...ade sedikit peningkatan pembayaran..tetapi disebabkan kos pentadbiran tidak pernah berhenti, jumlah hutang masih kelihatan membebankan...

Kos pentadbiran RM48.75 x 12 bln =    RM585
Bayaran balik RM500                      =  - RM500
Baki                                                    =    RM22,003.75

Hasilnya pada tahun 2009 ni "S" siap boleh melancong ke luar negara..Motifnya..buatlah bayaran PTPTN walaupon sedikit supaya nama anda tidak diblacklist untuk ke luar negara..


BABAK 5
Sekali lagi, "S" mendapat rezeki yang cukup bermakna dalam hidup apabila berjaya menjadi penjawat awam pada penghujung 2009. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.."S" tidak perlu memikirkan lagi isu bertukar kerja selepas ini..Alhamdulillah diterima menjadi penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) @ Hospital menguatkan lagi azam untuk melangsaikan hutang PTPTN..
Kos pentadbiran 12 bln    =    RM578.56
Bayaran balik RM150      =  - RM2,100
Baki                                    =    RM20,482.31

Bermula tahun 2010 ni, barula "S" berpuas hati apabila dapat membayar lebih drpd kos pentadbiran..Baru laaa baki kita akan mula menyusut...Tapi jangan berhenti, teruskan membayar supaya kos pentadbiran semakin berkurangan..
BABAK 6
Berada di sektor awam, "S" akui walaupon kerja amat banyak, tapi mana mungkin untuk "S" keluar dari sektor itu sebab bukan mudah untuk memasuki sektor awam ini..Dan apabila cinta "S" mula berputik di sini, "S" sedikit culah dengan PTPTN sebab duit gaji telah diperuntukkan untuk majlis bahagia nnti..Dalam masa yang sama "S" ditawarkan dengan pakej ujrah PTPTN pada tahun ini..Tapi memandangkan "S" terlalu sibuk, "S" tak dapat melengkapkan segala dokumen sehingga laaaa ke tarikh tutup..Tapi "S" tetap meneruskan pembayaran sekalipon tanpa pakej UJRAH..
Kos pentadbiran 12 bln    =    RM572.69
Bayaran balik RM150      =  - RM500
Baki                                    =    RM20,555.10

Hokeh, "S" melangsungkan perkahwinan padan penghujung bulan MEI 2011, so ternyata perkahwinan itu sesungguhnya memakan belanja yang besar dan akan sedikit lupa diri sehingga ke penghujung tahun..Sebab "S" berada dalam HONEYMOON MOOD....daaaaaaa

BABAK 7
Sesudah berkahwin "S" cuba untuk kembali konsisten...Namun "S" tidak bercadang untuk menggunakan perkhidmatan tolak gaji secara berjadual sebab "S" prefer membayar sendiri...So suke ati laaa nak bayar banyak ke sikit...
Kos pentadbiran 12 bln    =    RM535.03
Bayaran balik RM150      =  - RM3,800
Baki                                    =    RM17,290.13

Okehhh.."S" begitu optimis untuk melangsaikan hutang PTPTN yang cukup membebankan.."S" target untuk menamatkannya pada tahun 2013..Adekah "S" mampu dengan baki sebanyak itu???

BABAK 8
Nampaknya "S" tidak berjaya untuk mencapai target yang ditetapkan tapi "S" masih berusaha...

Kos pentadbiran 12 bln    =    RM387.71
Bayaran balik RM150      =  - RM8,7000
Baki                                    =    RM8,977.84

"S" terus konsisten dan kos pentadbiran telah pon berjaya diturunkan sehingga tiada lagi angka rm500 untuk kos pentadbiran setahun..Kos pentadbiran setahun telah berjaya diturunkan kepada 300 lebih sahaja dan baki pon sudah <10k .="" p="">

NANTIKAN PENGHUJUNG TAHUN INI UNTUK UPDATE TERKINI PTPTN "S' KERANA "S" ITU HARUS LAAAAA Si SUHANA PEMILIK BLOG NI....hahahahahaaaa

So ni antara tips pembayaran walaupon tak konsisten mane pon...

1) Mulakan je bayaran walaupon serendah RM50..Walaupon setahun cuma mampu baya rm100 tapi pastikan every year mesti ade bayaran...Ini untuk mengelakkan nama kita di blacklist sehingga satu peringkat nama akan dihantar ke imigresen untuk sekatan ke luar negara.

2) Untuk 2 tahun pertama, walaupon bayaran yang dibuat hanya Rm150 setahun, aku langsung tidak diberikan surat peringatan mahupon surat mahkamah supaya membuat bayaran..Padahal aku x pernah pon menghantar surat rayuan penagguhan pembayaran..

3) Bagi sesiapa yang dah mempunyai pendapatan tetap yang agak stabil, bolehlaaa giatkan lagi usaha pembayaran..Kalo rasa x boleh konsisten bayo sendiri, buat secara potongan gaji, biarpon sedikit tetapi sekuran-kurangnya hutang akan berkurang..

4) Jangan laaa nak kira sangat kos pentadbiran tu sebab kalo kita nak pertikai kos pentadbiran yg  menyebabkan hutang ko makin bertambah2, sebenarnya peningkatan tu berpunca daripada kita x bayor..Sebab tu jumlah hutang meningkat, kos pentadbiran pon harus laa meningkat..Lagi laaa ko sakit hati..


5) Jangan laaa mengharapkan serta menanamkan cita-cita bahawa ade kerajaan yang sanggup nak mem"FREE"kan hutang PTPTN ni..Hutang is still hutang dan pembayaran hutang itu jangan dilengah-lengahkan urusannya lebih-lebih lagi bagi yang berkemampuan, Menurut sabda Rasulullah SAW dari hadith yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad, Tarmidzi dan Ibnu Majah yang bermaksud:

"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

 Wallahuallam....Semoga kita semua berjaya melangsaikan hutang2 yang ada..Insya Allah...