Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 17, 2015

JOM KE KOREA ~ PART 4 ( HANBOK )

Assalamulaikum n HYE semua...

Masih gigih meneruskan entri KOREA..Hari ke-4 agenda kami adalah untuk memakai traditional costume iaitu "HANBOK" dan seterusnya ke Trick Eye Museum...So kami kembali ke myeongdong untuk mencari bangunan yang dinamakan M Plaza..

Ape yang ade kat bangunan M Plaza tu???

Haghhhh...FYI bangunan M Plaza ni terletak in the heart of Myeongdong, betul2 bersebelahan dgn kedai jenama FOREVER 21..Di tingkat 5 pada bangunan M Plaza ni, terdapat Seoul Global Cultural Center yang menempatkan tempat memakai traditional costume iaitu "Hanbok"..Pemakaian Hanbok kat cni adalah PERCUMA..Hanya perlu datang dan booking sahaja..Actually kami dah pon sampai ke M Plaza ni on d 2nd day around 3pm..Tapi x berjaya nak pakai hanbok sbb dah fully booked..So staff kat situ sarankan datang pagi untuk booking dulu, then die akan bgtau turn kita pukul bape..Booking hanya dibenarkan on d same day..Tidak boleh booking pada hari sebelom..Disebabkan hari ke-3 ittinerary kami adalah ke Nami Island, so kami plan akan datang semula ke M Plaza ni pada hari ke-4 aje..

So masa hari ke-4 ni kami sampai around 10.45 am and no need long Q..Aku nampak dah ada beberapa tourist yang menunggu dalam tuh..Risau jugak kalau dah fully booked but Just nice coz our turn is around 11.30am but we are advice to ready 15 minutes before 11.30am, if we missed the appoinment terus cancel n proceed to another group since yang booking memang ramai..So kitorang memang tak kemane2, just wait there sebab pepagi ni, kang sorang nak terberak, sorang nak terkencing..So daripada buang masa nak carik toilet sampai sesat2 so stay jela diam2 kat bangunan tu yang dah complete ada toilet semua..

Seoul Global Culture & Tourism Center
Seoul Global Cultural Center ni ada macam2 aktiviti rupanya..Antaranya tradition korean painting, programme memasak, traditional costume n macam2 lagi...
Operation hours dari jam 10:30 am - 8:00 pm..For more info, klik here http://www.visitseoul.net
Untuk pemakaian traditional costume pulak , bermula dari 10:30 am and last session adalah 6:30pm..

Seoul Global Culture Experience Center (서울글로벌문화체험센터)
Untuk pemilihan hanbok, ada banyak pilihan di dalam wardwrobe dan kita freely can choose..Tak sama macam gate guard costume di Gyeongbokgung Palace yang pilihan baju akan ditentukan oleh staff yang menjaga mengikut size group yang datang..Masa yang diberi untuk photoshooting adalah 10 minit sahaja..So kena manfaatkan masa yang diberi supaya dapat amek byk shoot..Kalo mcm kami yang small group ni, tak banyak la ragam, tapi kalo sekali group yang ade 5-6 orang memang kena pantas berposing laaa...

OK Mari kita amek gambo laju2...Nak lebih cepat harus laaa selfie/groufie jerr...
Kat depan photoshoot gallery ni ade disediakan tripod..Kebetulan aku memang bawak bluetooth punya monopod sensor..So lepas dah siap2 kami dipakaikan baju, sementara tunggu group sebelom kami siap posing, aku laju2 setting handphone aku pada tripod and open bluetooh..Sampai je turn we ols, apelagi POSINGGGGG....





 


Haha tak abes2 pose dengan umbrella..Siap mintak izin dengan staff ctu "Can I use umbrella for my photo?" Hahaaaa..mujur jawapannya "Off course can" sambil sengih2...Mesti dalam hati die jakun pulak orang Mesia ni kan..huhu tapi puas hati sgt sbb dapat shoot banyak gile gambo..Nampak x tangan aku sambil posing sambil menekan punat biru tapi ade certain gambo yg berjaya di cover..

Ok...setelah dapat fefeeling jadik gadis ayu korea in traditional costume "Hanbok" barulah puas hati ni..Baru laaa betul pegi KOREA..Siap ade maharaja kuning lagi hokeh..Hahaaaa Mission complete..

Hmmm penat gak posing2 ni walaupon dalam bangunan je...So sebelom meneruskan next mission kita minum dulu...


Sekali lepak Dunkin Donut ni ~ KRW 20,000 utk 3 orang...Hahahaa rasakan cost lepak2 je dekar RM60 hokehhh...kayanya laaa orang korea kannnn...huhu

DAY 4 will have more stories n pictures...To be continue to PART 5!!! Stay tuned babe...

Friday, February 6, 2015

2015 !!! Takkan honeymoon memanjang???

Assalamualaikum..........

Whoaaa it's 2015 already...
Pejam celik pejam celik je kannnn...

1995 ~ Masihkah kau ingat??? Di bangku kayu, meja baris kedua dari kanan kelas 5 Anggerik di Sekolah Kebangsaan Majidi Baru (SKMB)..Nama Cikgu Kelas Cikgu Zamri kot kalo tak silap...Hahahaa tak guna punya anak murid kan..Al-kasih zaman tu tengah struggle gile nak mengadap UPSR pada 1996...Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi dapat straight A's..Tahun terakhir dengan UPSR 4A..kalo aku amek the next year 1997, mesti kantoi 1 subject hihiii...Syukur aku lahir Tahun 1984..Terima kasih Emak dan Ayah..

2005 ~ Ohhh Dunia Ini!!! Haha masa ni zaman mengenal dunia, mengenal sahabat, mengenal kehidupan dunia fana..haha kehidupan menjadi siswi di Kolej Ke-2, UPM yang penuh pancaroba..Asal stress belajar je, pi bergunjingan...Asal belajar je, stress..Haha apa pon cabaran, Alhamdulillah sekali lagi Allah masih melimpahkan rezeki-Nya dengan segulung Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biokimia pada penghujung 2006..

2015 ~ DEMI CINTA!! Ahakssss ade rasa nak terkeluar muntah ijauuu x??? Haha 2015, 2015, 2015 Masuk tahun ke-4 bergelar seorang isteri kepada Mr.EJ, Tahun ke-6 menjadi seorang penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia, Tanpa prejudis telah bebas daripada bergelar peminjam hutang PTPTN..Alhamdulillah semua Allah dah bagi kenikmatan dunia yang sementara ni..

Tapi hidup bermasyakat ni masih tak lepas dari pertanyaan dan persoalan masyarakat yang terlebih prihatin atau melebih-lebih prihatin dengan soalan "Bila lagi nak berisi ni?? Takkan nak honeymoon memanjang?"

Prihatin kan????

Dan yang lebih makan dalam bila soalan yang muncul "Aik, nama je kawen dengan doktor pakar, x kan x boleh nak buat treatment kesuburan??"

Macam kena panah petir je aku rasa. Macik...doktor pakar pon manusia biasa macik, kalo Allah kata belum nak bagi, maknanya belum rezeki saya laaa tu..Sebenarnya hidup sebagai suami isteri ni kan kena saling melengkapi..Yang mane suami kurang, isteri tolong lengkapkan...yang mane isteri salah, suami tolong betulkan..Tapi ade sesetengah masyarakat ni suka sangat nak cari kekurangan orang..

Bagi aku dan suami, sesungguhnya anak itu memang pelengkap dan penyeri dalam hubungan suami isteri, siapa la manusia yang tanak anak tapi andai Allah belum nak bagi, bukan laaa bermaksud hubungan suami isteri tu perlu muram, stress, bergaduh salahkan isteri mandul, bertekak salahkan suami x subur, rasa macam diri ini tak berguna, down and down and down..

Mungkin 10 tahun lepas dah puas Allah beri rezeki pada aku yang kadangkala aku sendiri pon tak nampak tapi bila di usia sekarang ni baru aku mengerti "owhhh, macam-macam2 nikmat aku pernah dapat". Mungkin sepanjang 30 tahun hidup, suami aku x putus2 dapat pelbagai kenikmatan rezeki dari Allah..So seawal usia 5 tahun perkahwinan, kenapa mesti aku dan suami pertikaikan rezeki yang Allah nak bagi sedangkan kami dah puas dikurniakan rezeki sepanjang kehidupan...

Setakat ni aku tak pernah lagi terasa kesunyiaan tanpa suara baby sebab kekuatan aku adalah suami aku Mr.EJ yang sentiasa jadik tulang belakang aku..Balik dari kerja, kami akan masak sama2, EJ siang ikan, EJ sediakan bahan2 memasak, aku memasak sambil EJ basuh pinggan..Siap masak, kami makan sama2 dan kemas sama2..Hujung minggu pulak urusan baju akan diuruskan oleh EJ dari membasuh, menyidai, melipat sehingga la menghantar baju ke dobi untuk di iron..Aku memang tak pernah amek tahu sbb EJ cakap menguruskan rumahtangga adalah tugas tanggungjawab suami, isteri hanya membantu..Dan memandangkan kitorang laki bini bekije, so laki aku paham kudrat perempuan setara mana aje laa..Balik dari kije mesti dah penat, sebab tula lelaki yang lebih layak memikul tanggungjawab menguruskan rumahtangga memandangkan kudratnya yang lebih dari wanita..Alhamdulillah, Thank You ALLAH for giving me a super duper awesome husband, itu pon dah cukup aku kira sebagai REZEKI yang tak terhingga untuk aku...

Insyaallah kami percaya pada apa yang dinamakan REZEKI ALLAH..Dan andaikata REZEKI itu bukan milik kami, kami tetap akan percaya dengan perancangan ALLAH kerana ALLAH itu kan adalah sebaik-baik perancang...

Sebenarnya...Apabila seorang suami itu :
....Mampu menjadi Imam dalam solat seharian kita
....Mampu mengetuai bacaan doa2 yang diaminkan oleh isteri..
....Menjadi pengurus rumahtangga seikhlas hati
....Sentiasa menjadi sahabat baik kepada isterinya
....Menghormati pandangan dan idea seorang isteri
....Terlebih dulu memohon maap dari isteri sekiranya tersedar akan kesilapan kata-katanya

Itulahhhhh yang dinamakan KEBAHAGIAAN bagi seorang isteri...
Cheeewahhh gittew!!!!
Terasa entri yang sungguh poyo...K BYE!!!


 

A023

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"