Whoaaa it's 2015 already...
Pejam celik pejam celik je kannnn...
1995 ~ Masihkah kau ingat??? Di bangku kayu, meja baris kedua dari kanan kelas 5 Anggerik di Sekolah Kebangsaan Majidi Baru (SKMB)..Nama Cikgu Kelas Cikgu Zamri kot kalo tak silap...Hahahaa tak guna punya anak murid kan..Al-kasih zaman tu tengah struggle gile nak mengadap UPSR pada 1996...Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi dapat straight A's..Tahun terakhir dengan UPSR 4A..kalo aku amek the next year 1997, mesti kantoi 1 subject hihiii...Syukur aku lahir Tahun 1984..Terima kasih Emak dan Ayah..
2005 ~ Ohhh Dunia Ini!!! Haha masa ni zaman mengenal dunia, mengenal sahabat, mengenal kehidupan dunia fana..haha kehidupan menjadi siswi di Kolej Ke-2, UPM yang penuh pancaroba..Asal stress belajar je, pi bergunjingan...Asal belajar je, stress..Haha apa pon cabaran, Alhamdulillah sekali lagi Allah masih melimpahkan rezeki-Nya dengan segulung Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biokimia pada penghujung 2006..
2015 ~ DEMI CINTA!! Ahakssss ade rasa nak terkeluar muntah ijauuu x??? Haha 2015, 2015, 2015 Masuk tahun ke-4 bergelar seorang isteri kepada Mr.EJ, Tahun ke-6 menjadi seorang penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia, Tanpa prejudis telah bebas daripada bergelar peminjam hutang PTPTN..Alhamdulillah semua Allah dah bagi kenikmatan dunia yang sementara ni..
Tapi hidup bermasyakat ni masih tak lepas dari pertanyaan dan persoalan masyarakat yang terlebih prihatin atau melebih-lebih prihatin dengan soalan "Bila lagi nak berisi ni?? Takkan nak honeymoon memanjang?"
Prihatin kan????
Dan yang lebih makan dalam bila soalan yang muncul "Aik, nama je kawen dengan doktor pakar, x kan x boleh nak buat treatment kesuburan??"
Macam kena panah petir je aku rasa. Macik...doktor pakar pon manusia biasa macik, kalo Allah kata belum nak bagi, maknanya belum rezeki saya laaa tu..Sebenarnya hidup sebagai suami isteri ni kan kena saling
melengkapi..Yang mane suami kurang, isteri tolong lengkapkan...yang mane
isteri salah, suami tolong betulkan..Tapi ade sesetengah masyarakat ni suka sangat nak cari kekurangan orang..
Bagi aku dan suami, sesungguhnya anak itu memang pelengkap dan penyeri dalam hubungan suami isteri, siapa la manusia yang tanak anak tapi andai Allah belum nak bagi, bukan laaa bermaksud hubungan suami isteri tu perlu muram, stress, bergaduh salahkan isteri mandul, bertekak salahkan suami x subur, rasa macam diri ini tak berguna, down and down and down..
Mungkin 10 tahun lepas dah puas Allah beri rezeki pada aku yang kadangkala aku sendiri pon tak nampak tapi bila di usia sekarang ni baru aku mengerti "owhhh, macam-macam2 nikmat aku pernah dapat". Mungkin sepanjang 30 tahun hidup, suami aku x putus2 dapat pelbagai kenikmatan rezeki dari Allah..So seawal usia 5 tahun perkahwinan, kenapa mesti aku dan suami pertikaikan rezeki yang Allah nak bagi sedangkan kami dah puas dikurniakan rezeki sepanjang kehidupan...
Setakat ni aku tak pernah lagi terasa kesunyiaan tanpa suara baby sebab kekuatan aku adalah suami aku Mr.EJ yang sentiasa jadik tulang belakang aku..Balik dari kerja, kami akan masak sama2, EJ siang ikan, EJ sediakan bahan2 memasak, aku memasak sambil EJ basuh pinggan..Siap masak, kami makan sama2 dan kemas sama2..Hujung minggu pulak urusan baju akan diuruskan oleh EJ dari membasuh, menyidai, melipat sehingga la menghantar baju ke dobi untuk di iron..Aku memang tak pernah amek tahu sbb EJ cakap menguruskan rumahtangga adalah tugas tanggungjawab suami, isteri hanya membantu..Dan memandangkan kitorang laki bini bekije, so laki aku paham kudrat perempuan setara mana aje laa..Balik dari kije mesti dah penat, sebab tula lelaki yang lebih layak memikul tanggungjawab menguruskan rumahtangga memandangkan kudratnya yang lebih dari wanita..Alhamdulillah, Thank You ALLAH for giving me a super duper awesome husband, itu pon dah cukup aku kira sebagai REZEKI yang tak terhingga untuk aku...
Insyaallah kami percaya pada apa yang dinamakan REZEKI ALLAH..Dan andaikata REZEKI itu bukan milik kami, kami tetap akan percaya dengan perancangan ALLAH kerana ALLAH itu kan adalah sebaik-baik perancang...
Sebenarnya...Apabila seorang suami itu :
....Mampu menjadi Imam dalam solat seharian kita
....Mampu mengetuai bacaan doa2 yang diaminkan oleh isteri..
....Menjadi pengurus rumahtangga seikhlas hati
....Sentiasa menjadi sahabat baik kepada isterinya
....Menghormati pandangan dan idea seorang isteri
....Terlebih dulu memohon maap dari isteri sekiranya tersedar akan kesilapan kata-katanya
Itulahhhhh yang dinamakan KEBAHAGIAAN bagi seorang isteri...
Cheeewahhh gittew!!!!
Terasa entri yang sungguh poyo...K BYE!!!
Sebenarnya...Apabila seorang suami itu :
....Mampu menjadi Imam dalam solat seharian kita
....Mampu mengetuai bacaan doa2 yang diaminkan oleh isteri..
....Menjadi pengurus rumahtangga seikhlas hati
....Sentiasa menjadi sahabat baik kepada isterinya
....Menghormati pandangan dan idea seorang isteri
....Terlebih dulu memohon maap dari isteri sekiranya tersedar akan kesilapan kata-katanya
Itulahhhhh yang dinamakan KEBAHAGIAAN bagi seorang isteri...
Cheeewahhh gittew!!!!
Terasa entri yang sungguh poyo...K BYE!!!
No comments:
Post a Comment