Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 30, 2014

JOM KE KOREA - PART 3 (NAMI ISLAND)

Haiiii kawan2 disana...

Harini adalah kemuncak trip JOM KE KOREA coz harini kami ke destinasi yang ditunggu2 iaitu NAMI ISLAND...Republik Naminara...Destinasi penggambaran Drama Bersiri Korea yang menjadi kegilaaan di zaman remaja suatu ketika dulu "WINTER SONATA"...Aku antara peminat gila cite ni sampaikan sanggup tahan kencing dari terlepas babak2 dlm winter sonata ni..Dah tahan kencing satu hal, cita ni kalo x silap aku ditayangkan waktu maghrib..So asal iklan jer berlari mcm lipas kudung pi amik wuduk..Then iklan abes je berlari dok depan tv sambil ready2 sarung telekung..Kang iklan lagi sekali berlari solat maghrib..Tgh2 solat boleh dengo tu kalo cite dah start, Haishhh nampak nau solat pon x kusyuk mane gara2 penangan drama si mata sepet ni...Huhuuu

Tak pernah terfikir pon satu hari nnti akan sampai ke bumi WINTER SONATA ni...Wahhhh tertouching plakkk gittew...huhu

NAMI ISLAND antara tempat paling jaoh dalam trip kami selain Incheon Airport..Dari Seoul City nak ke Nami Island makan masa dekat 2 jam lebih gak..So..How to go to NAMI ISLAND???

Terlalu banyak cara untuk ke NAMI ISLAND..Terpulang kepada citarasa masing2 samada nak pilih Naik Shuttle Bus ataupon pergi sendiri naik ITX..Meh aku terangkan several ways to get to NAMI ISLAND...


CARA 1
Naik Subway dari Itaewon to Jamsil Station (LINE 2, 8) - Take Exit 4     
Walk straight sampai nampak Lotte Mart on left side.. (Bus-stop di Depan Lotte Mart)
Take shuttle bus to Nami Island (Duration 1 ~ 1.30 hours)
Pls Take Note : Be at bus-stop at 8.20am and no later than 3.30pm at Gapyeong Wharf, Nami

# Cara satu ni kira pakej laaa...Bayarannya adalah 23,000 KRW inclusive of return shuttle bus ticket and entrance ticket to Nami Island. Tapi 1st step yang dari subway ke Jamsil station tu harga lain..So umemandangkan CARA 1 ni ala2 pakej, make sure korang kena punctual, mesti berada di bus stop tepat pada jam yang ditetapkan...Sebab tiket bas yang dibeli adalah untuk pergi dan balik..Kalo terlepas bas, nan hadooo laa bas lain naik kecian2 kat korang..

CARA 2
Subway Itaewon to Jonggak (LINE 1) - Exit 3..Bus stop is nearby west gate of Topgol/Pagoda Park
Take shuttle bus to Nami Island (1.30 ~ 2 hours)                                      
Be at bus-stop at 8.20am and no later than 3.30pm at Gapyeong Wharf, Nami

# CARA 2 ni sama je mcm CARA 1 cuma bezanya pada tempat menaiki bas sahaja..Byaran pon sama iaitu 23,000 KRW.

CARA 3
Naik Taxi dari Itaewon menuju ke Cheongnyangni ITX station (Near Lotte Mart)
Take ITX at Cheongnyangni Station heading to Chuncheon -Take EXIT GAPYEONG Station..
Apabila sampai di Gapyeong Station, Take Taxi to Nami Island (Fare ~ 3,500 KRW)

CARA 4 
Take subway From Itaewon menuju Bonghwasan, Take EXIT TAERUNG Station..
Sampai Taerung Station, change to LINE 7 - Take EXIT SANGBONG Station..
Di Sangbong ade Intercity Bus Terminal dan jugak ITX Station..
Teruskan perjalanan naik ITX pulak menuju ke Chuncheon..Take EXIT GAPYEONG Station...
Sama mcm CARA 3 tadi...Sampai di Gapyeong, Ambil taxi ke Nami Island (Fare ~ 3,500 KRW)

**************************

Whoaaa bape banyak dahhhh cara nak ke Nami Island ni...X kesah laaa ek cara ape pon yg diguna, yang penting sampaiii..So dari byk2 cara kat atas tu, kami memilih menggunakan cara yang ke-4...Kenapa ayat memilih dipadam??Sebab bagi aku bila kita bergerak scr sendir ni, apa yang kita pilih belum tentu menjadi..That's why kita memerlukan beberapa option dan pahamkan route pada map..Supaya kita tak perlu begitu fixed MESTI kena based on ittinerary..Atau maksud lain..Kita kena sentiasa flexible..

Sesampai di Nami Island..Ade 2 kaedah untuk menyeberang ke pulau yang yang nampak nun di hujung cne..Kalo guna kaedah FERRY kena cecepat beratur untuk dapatkan tiket di Immigration Counter dan seterusnya beratur untuk naik feri pulak..Jangan main2 tau nak masuk Nami Island pon kena lalu immigration hokehhh..Tapi jangan risau, staff dia sangat efisyen walaupon Q agak panjang tapi laju jerr..Ade lagi satu kaedah which is extreme sikit, menggunakan Zip-Wire, ala-ala mcm Flying Fox gittew, So yg ni x berapa nak berebut sgt sbb org yg betul2 challenging je akan cuba kaedah ni..Cepat dan tinggggg, tak sampai 1 minit dah boleh sampai ke pulau...So sila laaa buat pilihan ye..



Boat Ride ~ Less than 5 minutes..X payah duduk pon x pe..Korg tengok ahjumma2 belakang aku tu sume berdiri je..
Sampai je di bumi WINTER SONATA....Subhanallah indahnya dunia ciptaan ALLAH..Memang sangat teruja melompat2 tengok pokok yang kemerahan, kekuningan, ke orenan..kehijauan pon tak ketinggalan jugak..Very nice combination yg memang xde kat Mesia..
POYO x??..Posing mengalahkan cover page utk pre-wedding punya photoshoot khennn???

Ok...seharian di Nami Island sesungguhnya dihabiskan dengan aktiviti bergambo dan juga menikmati hidangan ketupat berlaukkan sardin dan sambal ikan bilis dari Malaysia...Waduhhh...ohsemm sungguh kann dapat makan ketupat di bumi sonata...zemangat memalam buta merebus ketupat segera dalam guesthouse..Al-maklum laaaa kami2 ni semua anak jati kampung, 3 hari x jumpa nasi mterasa macam berpuasa 100 tahun..hukhuk..meh meh aku tunjuk bukti kenikmatan kami...
Alhamdulillah burpppp kenyang walaupon ketupat dah sejuk dek cuaca yang memang dingin..Baru laaa bertenaga nak berposing n berselfie lagi dan lagiiiii...

OK...Sori untuk gambo yang terlalu banyak..BYE BYE NAMI ISLAND...Around 7pm baru kitorang balik dan sampai ke guesthouse terus fengsan...

4 comments:

Najib Ariyan said...

Salam... seronok ke Korea kan... okay kalau nanti nak ke sana akan merujuk lagi ke sini...

Salam Singgah

Didik Ekopujiana said...

assalamualaikum~

nak tanya kos ke nami island menggunakan ferry brpa won?

mdino said...

Akak pergi musim apa ni ya ..dan anggaran dlm bulan berapa yg npk pokok kaler2 mcm tu

mdino said...

Akak pergi musim apa ni ya ..dan anggaran dlm bulan berapa yg npk pokok kaler2 mcm tu